EPL

Liverpool berbeza dari pasukan lain


Van Dijk kekal bersama Liverpool sehingga 2025.

KETIKA kebanyakkan pasukan membawa ramai muka-muka baharu bagi mengharungi Liga Perdana Inggeris 2021/22, Liverpool tampaknya berbeza apabila dilihat mengekalkan pemain sedia ada dengan lanjutan kontrak baharu.

Selepas  Alisson Becker, Trent Alexander Arnold, Fabinho bersetuju menandatangani kontrak baharu, tiba pula giliran pertahanan  Van Dijk yang akan bersama kelab itu sehingga musim panas 2025.

Perkhabaran ini pastinya memberikan sedikit kelegaan buat penyokong Liverpool apabila pengendalinya, Jurgen Klopp hanya menampilkan seorang muka baharu juga dibahagian pertahanan iaitu Ibrahim Konate.

Jelas Klopp, pasukan akan berjuang untuk segalanya pada musim ini dengan jangkaan saingan sengit daripada beberapa pasukan dalam misi mereka merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City.

“Jurang mata agak besar pada musim lalu (City berkelebihan 12 mata mengatasi Manchester United di tangga kedua dan 17 mata berbanding Liverpool di tempat ketiga.

“Musim sebelum itu, jurang antara kami juga besar (Liverpool berkelebihan 18 mata mengatasi City). Saya tidak pasti kalau ia boleh menjadi lebih sengit untuk pasukan yang lain. Jadi kita tunggu,” jelasnya.

Liverpool akan memulakan kempen musim ini berdepan Norwich City awal pagi esok di tempat lawan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading