EPL

Man United menang besar di Old Trafford


LEDAKAN hatrik Bruno Fernandes memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Leeds United, 5-1 pada aksi aksi sulung musim 2021/2022 di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Tuan rumah mula memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke -30 menerusi Fernandes yang bergandingan bersama Paul Pogba namun pelawat menyamakan kedudukan selepas tiga minit perlawanan bersambung pada babak kedua menerusi jaringan L Ayling.

Gol penyamaan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama apabila bintang muda United, Mason Greenwood menjaringkan gol kedua pada minit ke 52 sebelum Fernandes menjaringkan gol peribadi kedua dan ketiga buat pasukan hasil serangan balas selang dua minit kemudian.

Tidak hanya terhenti setakat itu, Fernandes terus melebarkan kelebihan jaringan apabila melakar hatrik pada minit 60.

Pertahanan tuan rumah, Fred turut mencatatkan nama selaku penjaring gol kelima buat pasukan selang lapan minit kemudian.

Walaupun Leeds United cuba bangkit memburu gol namun kekentalan pertahanan tuan rumah memastikan malam gemilang buat Manchester United.

Sebelum perlawanan berlangsung, United mengumumkan kelab itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan bintang Real Madrid, Raphael Varane.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: