EPL

Lukaku seperti ‘sirih pulang ke gagang’


CHELSEA mengikat Romelu Lukaku selama lima tahun sehingga 2026.

The Blues mngikat Lukaku dari Inter Milan selepas penyerang itu lulus dalam ujian kesihatan di Itali dan mengesahkan rekod perpindahan bernilai 97.5 juta paun.

Pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 2026.

“Saya gembira dan bersyukur dapat kembali ke kelab terbaik ini. Ia satu perjalanan panjang buat saya. Saya datang ke sini ketika masih remaja dan pelajari banyak perkara.

“Kini saya kembali membawa banyak pengalaman dan lebih matang. Hubungan dengan kelab ini amat bermakna buat saya.

“Kelab ini sangat bertepatan dengan cita-cita saya pada usia 28 tahun, selepas menjuarai trofi Serie A. Saya yakin peluang ini tiba pada masanya dan berharap kami akan meraih kejayaan bersama,” ujar Lukaku.

Pemain antarabangsa Belgium ini pernag menyarung jersi Chelsea di antara tahun 2011 dan 2014, namun banyak dipinjamkan ke kelab lain.

Lukaku meledak 34 gol sepanjang bersama Inter Milan.

Lukaku sebelum ini bersama West Brom dan Everton dan bergelar pemain tetap sebelum berpindah ke Manchester United pada tahun 2017.

Selepas dua musim di Old Trafford, dia berpindah ke Inter Milan pada Ogos 2019.

Musim pertama bersama kelab Itali itu, Lukaku telah menjaringkan 34 gol dalam semua pertandingan sekaligus menyamai rekod kelab Ronaldo pada musim 1997-1998.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: