EPL

Chelsea raih gelaran Piala Super UEFA


Barisan pemain Chelsea meraihkan gelaran Piala Super UEFA 2021 selepas menewaskan Villarreal.

CHELSEA meriah gelaran juara Piala Super UEFA apabila menewaskan Villarreal 6-5 menerusi penentuan sepakan penanti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penjaga gawang The Blues, Kepa Arrizabalaga menjadi wira Chelsea apabila menyelamatkan percubaan Aissa Mandi dan Raul Albiol.

Penjaga gol Sepanyol itu yang hilang tempatnya selaku pemain nombor satu sejak menyertai kelab bgerkenaan dengan rekod dunia bagi penjaga gawang pada 2018, dimasukkan pada lewat permainan tambahan masa oleh Thomas Tuchel.

Hakim Ziyech meledak buat Chelsea pada minit ke-27 namun Gerard Moreno menyamakan kedudukan pada babak kedua seterusnya membawa permainan ke penentuan penalti.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: