
LIVERPOOL menutup aksi pra-musim dengan kemenangan 3-1 ke ata Osasuna pada aksi di Anfield malam tadi.
Roberto Firmino meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Liverpool selain berita gembira kecederaan buku lali dialami Andy Robertson tidak seteruk yang disangka.
Perlawanan disaksikan kira-kira 40,000 penyokong dengan bek tengah baru, Ibrahima Konate membuat penampilan sulung di Anfield.
Kostas Tsimikias beraksi cemerlang menggantikan bek nombor satu Liverpool itu dengan membuat umpanan untuk jaringan Firmino.
Klopp mengakui lega mendengar tahap sebenar kecederaan Robertson selepas trauma dengan kecederaan benteng yang memusnahkan kempen mereka musim lalu.
“Saya rasa kami bernasib baik. Ia mungkin lebih buruk lagi. Saya rasa tidak lama, saya pasti dia akan kembali pulih sebelum rehat perlawanan antarabangsa,” ujarnya.






Add Comment