EPL

Kai ‘copy paste’ Wayne Rooney


Kai bergaya dengan kit lengkap Manchester United.

‘BAPAK borek, anak rintik’ selepas Kai Rooney menunjukkan perkembang yang baik di Akademi Manchester United.

Anak kepada bekas pemain United dan penjaring gol England sepanjang masa ini pertama kali mengikuti perjalanan skuad akademi ke tempat lawan.

Rooney antara pemain legenda United.

Kai,11, bermain di bahagian penyerang seperti bapanya bagi pasukan Bawah 11 Tahun mempamerkan aksi memberangsangkan apabila menjaringkan hatrik ketika bertemu Stoke City musim lalu.

Selain mendapat sokongan penuh daripada bapa, Kai turut membanggakan ibunya Coleen Rooney.

“Selamat berjaya untuk anak lelaki saya Kai yang mengikuti trip bersama Manchester United,” tulis Coleen di laman Instagramnya.

Kai menyertai Akademi Manchester United tahun lalu. Foto: Instagram Wayne Rooney

Kai menyertai akademi sejak Disember 2020 selepas menandatangani kontrak bersama kelab.

Manakala Rooney,38, kini menguruskan Derby Count mula beraksi untuk United pada tahun 2004 selepas berpindah dari Everton.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading