Bola Sepak

Sri Pahang tanpa Hidalgo


Hidalgo tidak akan beraksi menentang TFC,malam esok ekoran penggantungan satu perlawanan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN import Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo tidak akan bersama pasukan ke Kuala Terengganu malam esok bagi mengharungi saingan Liga Super.

Kehadiran pemain lincah kelahiran Argentina ini sememangnya berjay menyuntik semangat dan corak permainan Tok Gajah namun terpaksa diketepikan malam esok ekoran penggantungan satu perlawanan.

Ketua jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, pemain kelahiran Argentina itu tidak dapat disenaraikan kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

“Ketika pasukan mahu meneruskan aksi terbaik dan bertenaga, saya tidak dapat menurunkan Hidalgo kerana digantung satu perlawanan.

“Setakat ini, saya belum membuat keputusan untuk menyenaraikan pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hidalgo,” jelasnya.

Sri Pahang yang bakal bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu perlu sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata seandainya ingin terus berada di atas kelompok zon penyingkiran.

Menghuni tangga kesembilan dengan perbezaan empat dari dengan pasukan Perak FC yang menghuni kedudukan 11 terbawah, taktikal dan percaturan perlu direncana bagi memerangkap skuad bimbingan Nafuzi Zain yang mendapat motivasi selepas menang ke atas PJFC, Ahad lalu di tempat lawan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading