Bola Sepak

Harimau Kumbang perlu fokus


Trucha mahu pemainnya terus memberikan tumpuan pada perlawanan menentang MUFC, malam esok.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Penang FC, Tomas Trucha melihat cabaran sengit bakal dihadapi barisan pemainnya menjelang pertemuan menentang Melaka United FC, malam esok.

Ujar Trucha, semua perlawanan dalam Liga Super adalah sukar dan penting buat dirinya untuk memastikan pasukan terus meraih kejayaan positif.

“Setiap perlawanan adalah sukar, bertemu MUFC di laman sendiri bukanlah tugas mudah.

“Kami perlu memikirkan perlawanan demi perlawanan dan kedudukan hanya akan diketahui selepas berakhirnya saingan Liga Super,” tegasnya.

Pada aksi terakhir, Penang FC tidak berdepan masalah menewaskan Perak FC dengan keputusan 5-3 namun pengendali yang dilabel ‘Jurgen Klopp Liga Super’ susulan memiliki wajah mirip pengendali Liverpool masih belum berpuas hati dengan perlawanan tersebut.

“Kami perlu kekalhan rentak perlawanan, fokus disetiap posisi dan persefahaman dikalangan pemain khususnya pertahanan,” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading