
Oleh : SUBKHI SUDARJI
SABAH FC bakal tampil dengan barisan terkuat selepas beberapa pemain utamanya kembali cergas dari kecederaab dan bakal kembali pada aksi menentang KL City FC, malam ini.
Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, beberapa pemain yang tidak beraksi di Kuala Terengganu minggu lalu seperti Alto Linus dan Randy Baruh yang kini berada dalam tahap terbaik mereka untuk diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini.
“Kehadiran mereka sudah tentu memberi impak positif buat Sabah FC dalam aksi pertemuan menentang KL City FC malam esok di Stadium Likas,” katanya.
Tegasnya lagi setakat ini Sabah FC masih belum mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir selepas Liga Super disambung semula setelah berehat hampir dua bulan.
“Malam ini perlawanan yang sangat penting kerana kita perlu meraih tiga mata penuh untuk mengukuhkan peluang serta memperbaiki kedudukan Sabah FC di tangga liga.
“Saya berharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan sekali gus meraih tiga mata penuh selain doa daripada penyokong dan peminat setia Sabah FC di seluruh negeri ini,” katanya.
Sabah FC berjaya meraih satu mata selepas seri tanpa jaringan pada aksi pusingan pertama menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.





Add Comment