Olimpik 2020

China kuasai acara pecut basikal berpasukan wanita


Pelumba wanita China menguasai acara berpasukan.

JAGUH China merangkul emas acara pecut berbasikal berpasukan wanita di temasya Olimpik Tokyo pada Isnin.

Pasangan Bao Shanju dan Zhong Tianshi menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 31.895 saat mengatasi pencabarnya dari Jerman Lea Sophie Friedrich dan Emma Hinze yang mencatat masa 31.980 saat.

Sebelum ini dalam pusingan kelayakan China mencatat rekod baharu dunia apabila berjaya mencatat masa terpantas 31.804 saat.

“Ia sangat bagus kerana beberapa tahun kebelakangan ini saya sangat teruk, dan berdepan dengan pelbagai masalah.

 

“Semuanya kelihatan seperti masalah kepada saya. Jadi ianya (kemenangan) sangat menakjubkan.

“Rakan saya sangat, sangat bagus’” jelas Zhong.

Rekod lama 32.034 saat dicipta Zhong dan Gong Jinjie pada kejuaraan dunia 2015.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading