
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia mengakui perjalanan kariernya masih panjang dan akan terus belajar menjadi seorang pemain yang lebih matang.
Zii Jia,23, tewas kepada juara bertahan Chen Long dengan keputusan 21-5,19-21,8-21 dalam tempoh 70 minit pada aksi pusingan kalah mati 16 pemain terbaik, Khamis malam.
Menurut Zii Jia, permainan pada set kedua dan ketiga sudah berubah.
“Set kedua saya tertinggal banyak point dan dapat kejar. Tetapi tetap kalah.
RESULTS: #Tokyo2020
Round 16
#CHN Chen Long def. #MAS Lee Zii Jia 8-21 21-19 21-5
* Zii Jia ends his brave Olympics debut at the Round of 16 in a rubber-set battle against the defending champ. Bounce back stronger, bro! 🇲🇾#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia pic.twitter.com/Y9xtjvZRg2
— BAM (@BA_Malaysia) July 29, 2021
“Pada set ketiga dia (Chen Long) sudah mula force saya dan susahkan saya dari awal.
“Ini first Olimpik saya dan saya sudah bagi apa yang saya ada. Ini satu pengalaman yang sangat bagus. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Long journey,” jelasnya ketika ditemubual secara langsung oleh Astro Arena selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Zii Jia memberitahu dia akan terus belajar dan berusaha selepas ini.

“Saya tetap akan terus belajar kerana banyak lagi pertandingan selepas ini dan juga akan cuba untuk Sukan Olimpik seterusnya.
“Pengalaman di sini sangat berguna dan saya akan cuba menjadi pemain yang lebih complete dan matang di masa depan.
“Saya juga berterima kasih kepada kawan-kawan, penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Saya harap mereka akan terus sokong saya lagi.”






Add Comment