Bola Sepak

Leandro dan Careca tinggalkan Perak FC


Pemain import Perak FC, Leandro Dos Santos telah mengemukakan surat penamatan kontrak kepada pengurusan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SUDAHLAH kini berada dalam zon penyingkiran, Perak FC terus dilandai badai apabila dua pemain importnya, Leandro Dos Santos dan Careca telah meninggalkan pasukan ketika mereka kini perlu bangkit memburu kemenangan.

Masih dibelenggu kecederaan ketika aksi ditempat lawan menentang Terenggan FC, Sabtu lalu, Leandro dan Careca akhirnya bertindak mengemukan surat penamatan kontrak kepada pengurusan sebelum aksi menentang Kuala Lumpur City FC, malam tadi.

Pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt nyata terkejut dengan tindakan dua pemain importnya itu memandangkan tiada maklumkan awal dinyatakan pemain berkenaan semasa seisi latihan.

“Sebelum ini mereka berdua menjalani latihan seperti biasa namun ketika mahu ke Kuala Terengganu, Leandro dan Careca memaklumkan mereka tidak berapa sihat.

“Semalam saya diberitahu pengurusan, mereka berdua ingin menarik diri dan sudah mengemukakan surat penamatan kontrak.

“Memang saya terkejut apabila pengurusan memaklumkan mereka berdua tidak akan beraksi menentang Kuala Lumpur City FC,” ujarnya.

Pergerakan penyerang import Perak FC, Nana Poku ternyata dirantai kemas pertahanan KLFC.

Mengulas keputusan seri tanpa jaringan yang diraih pasukannya ketika menentang KLFC malam tadi, Yee Fatt melihat ada peningkatan ketara dipamerkan pemain berbanding aksi di Kuala Terenggan, Sabtu lalu.

“Mungkin mereka (pemain) mengetahui apa yang perlu dilakukan iaitu memburu kemenangan dengan kedudukan pasukan ketika ini yang berada dalam kelompok bawahan.

“Tertekan memanglah dalam situasi begini dan ditambah lagi dengan isu pemain import serta pemain tempatan yang masih belum boleh disahkan untuk beraksi bersama pasukan.

“Apa pun kami harapkan kesudahannya Perak FC akan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: