Bola Sepak

Brendan jalani rawatan kanser testis… Semoga cepat sembuh!


Oleh: SURYATI MOHD NOR

KETIADAAN kapten Selangor FC, Brendan Gan pada aksi Liga Super bertemu Kuala Lumpur City FC Sabtu lalu terjawab selepas apabila dia baharu menjalani pembedahan kanser testis yang dihadapinya.

Perkongsian tersebut diumumkan di laman Facebook rasmi Selangor FC pada Isnin yang mendedahkan bahawa Brendan telah didapati menghidap kanser testis.

“Beliau telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

“Walaupun diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan. Seluruh warga SFC mendoakan agar Brendan cepat sembuh dan memohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buat beliau.”

Sementara itu, di laman Instagram pemain berusia 33 tahun kelahiran Australia ini turut memaklumkan situasinya terkini.

Pemain tengah Harimau Malaya ini memberitahu dia didianogsis kanser testis dan telah menjalani pembedahan dan sedang menjalani proses rawatan susulan.

“Kanser bukan penentu hidup saya. Hanya hanya jalan indah yang akan saya lalui dan kembali ke jalan yang diberkati yang saya jalani sebelum ini,” tulis Brendan.

Perkongsian Brendan itu mendapat pelbagai komen-komen sokongan daripada peminat dan penyokong-penyokong bola sepak tanah air.

Pemain-pemain Selangor FC memegang jersi Brendan sebelum perlawanan Liga Super Sabtu lalu.

Sementara itu, pada aksi Sabtu lalu, rakan-rakan sepasukan Brendan memegang jersinya sebelum perlawanan bermula sekaligus menjadi tanda tanya ketiadaan pemain prolifik negara ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply to Beberapa pemain Selangor FC cukur rambut sebagai solidariti buat BrendanCancel reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading