Olimpik 2020

Judo: “Lima tahun saya hidup dengan gangsa”, Takato sumbang emas pertama untuk Jepun


Takato tekad meraih emas di bumi sendiri. Foto: Getty Images

NAOHISA Takato mendapat penghormatan daripada Jepun selepas meraih pingat emas pertama buat negaranya di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Takato meraih pingat emas pertama dalam acara judo lelaki bawah 60 kilogram menewaskan pencabar dari Taiwan Yung Wei Yang pada Sabtu.

Takato merupakan pemegang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016.

“Selama lima tahun saya hidup dengan pingat gangsa. Saya dapat rasa ada perbezaan di antara saya dan pemenang pingat emas.

“Di Tokyo, saya bertekad mahu meraih pingat emas,” jelasnya.

Foto: Getty Images

Kemenangan ini menyaksikan emas pertama diraih Jepun dalam kategori ini selepas Tadahiro Nomura ketika Sukan Olimpik Athens 2004.

“Saya yakin kejayaan ini dicapai dengan sokongan semua. Saya sangat bertuah mendapat keputusan ini kerana saya telah banyak mebimbulkan masalah kepada semua jurulatih,” tambah atlet berusia 28 tahun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading