Olimpik 2020

Pasukan media sosial Tokyo 2020 dilarang muat naik gambar atlet berlutut

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Great Britain Lucy Bronze melakukan aksi berlutut bersama pasukan Chile. Foto: Getty Images

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsaa(IOC) dan Penganjur Tokyo 2020 menyekat pasukan media sosial daripada memuat naik gambar-gambar atlet melakukan aksi berlutut sebelum pertandingan.

Menurut laporan Guardian, notis tersebut dikeluarkan pada Selasa sehari sebelum pasukan bola sepak wanita Great Britain membuka jadual acara bertemu Chile di Sapporo pada Rabu.

Namun gambar aksi berlutut sebelum pertandingan bagi menyampaikan protes terhadap rasisme di atas talian telah dilihat secara langsung di televisyen, dan selepas itu pasukan Amerika Syarikat dan Sweden serta New Zealand juga berbuat demikian.

Pasukan Amerika Syarikat dan Sweden juga melakukan aksi berlutut sebelum perlawanan. Foto: Getty Images.

Bagaimana pun gambar aksi berlutut itu tidak kelihatan di laman media sosial rasmi Tokyo 2020 termasuk di ‘live blog’, Facebook atau Twitter serta Instagram. Tiada juga kelihatan di laman sosial IOC.

Keputusan tersebut dibuat mengikut Peraturan 50, yang menghalang semua pemain daripada melakukan ‘demonstrasi atau politik, agama atau propaganda bangsa di setiap Sukan Olimpik, venue atau kawasan lain”.

“Sebagai pemain Great Britain kami telah membuat aksi berlutut di perlawanan kelab dan antarabangsa dan kami dapat menunjukkan sokongan terhadap mereka yang terkesan dengan diskriminasi dan tidak adil,” jelas kapten Great Britain Steph Houghton.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: