Olimpik 2020

Bola Sepak: Cuaca panas jejas rentak permainan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pasukan Mexico menumpaskan Perancis 4-2.

Oleh: JJFIRDAUS

ACARA bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo membuka tirai pada Khamis dengan empat perlawanan pertama berlangsung pada sebelah petang melibatkan keempat-empat kumpulan yang dipertandingkan.

Cuaca panas dan bahang sehingga 32 darjah Celsius dilihat mengganggu rentak permainan pasukan terutama pasukan Eropah yang dilihat terkesan dan gagal menampilkan persembahan yang baik.

Dalam aksi Kumpulan C di Sapporo Dome, Sepanyol dilihat bergelut untuk sekadar seri tanpa jaringan dengan Mesir. Walaupun turun dengan kebanyakan pemain yang berpengalaman beraksi di Euro 2020 namun Mesir lebih selesa mengawal perlawanan dengan aksi yang keras.

Aksi Sepanyol bertemu Mesir.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan A di Stadium Tokyo, empat jaringan pada babak kedua oleh Alexis Vega, Sebastian Cordova, Uriel Antuna dan Eduardo Aguirre membantu Mexico menundukkan Perancis 4-1 untuk menerajui kumpulan buat sementara waktu.

Dalam aksi Kumpulan B di Kashima pula, jaringan tunggal Chris Woods pada minit ke-70 selepas disahkan oleh video bantuan pengadil cukup untuk memberikan kemenangan kepada New Zealand mengatasi Korea Selatan.

Perlawanan Kumpulan D di Yokohama menyaksikan satu gol dalam setiap babak membantu Ivory Coast menewaskan Arab Saudi 2-1 walaupun terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Aboubacar Doumbia dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.

Empat lagi perlawanan akan berlangsung malam ini dengan Jepun bertemu Afrika Selatan di Stadium Tokyo untuk aksi Kumpulan A dan Honduras bakal melayan Romania dalam aksi Kumpulan B di Kashima.

Argentina dan Australia bakal berentap dalam perlawanan Kumpulan C di Sapporo manakala ulangan final Sukan Olimpik Rio 2016 antara Brazil dan Jerman bakal berlangsung untuk melengkapkan aksi pertama Kumpulan D di Yokohama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: