Badminton

Zii Jia enggan anggap laluan mudah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia enggan anggap lawan yang bakal ditemui pada peringkat kumpulan adalah tugas mudah buat dirinya.

JAGUH perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia menyifatkan untuk menjadi pemain yang bagus ia tidak boleh disandarkan kepada nasib dalam undian semata-mata.

Lantas Zii Jia tidak mahu kategorikan setiap lawannya mudah atau sukar terutama membabitkan saingan Kumpulan M pada temasya Olimpik Tokyo.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata,  dia tidak melihat akan berhadapan laluan mudah berikutan kehadiran pemain Perancis, Brice Leverdez menjadikan saingan kumpulan M bertambah sengit sekali gus menyaksikan dia sama sekali tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain ke-36 dunia itu.

“Mungkin undian ini tampak sukar kerana ada Brice tetapi untuk menjadi juara dan pemain yang lebih baik, kita perlu bersedia untuk tewaskan siapa pun lawan kita.

“Brice adalah pemain yang bagus dan dia juga sangat berpengalaman. Jadi saya perlu perlu melihat banyak video perlawanan dan memastikan saya mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang serius.

“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi di Olimpik kerana semua pemain pun pastinya bersedia sepenuhnya dan ada perbezaan pada pertandingan itu nanti,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Zii Jia yang menjadi sandaran negara meraih pingat di temasya berprestij itu terikat 1-1 menentang Leverdez yang juga pemain ke-36 dunia dengan pertemuan terakhir dimenangi Leverdez di Thailand Masters 2019.

Kali terakhir dia menentang pemain ranking ke-98 dunia ketika itu adalah pada 2017.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: