Badminton

Badminton Tokyo: Laluan mudah Zii Jia peringkat kumpulan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya.

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila undian peringkat kumpulan Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung pada Khamis malam memihak kepadanya.

Zii Jia selaku pilihan kesembilan dan juara All England 2021 diundi berada dalam Kumpulan M bersama-sama dua pemain Eropah, iaitu Brice Leverdez dari Perancis dan Artem Pochtarov (Ukraine).

Bagi kategori beregu lelaki pula, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada dalam Kumpulan D bersama pilihan nombor dua dari Indonesia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, Choi Solgyu-Seo Seungjae dari Korea dan pasangan Kanada Jason Anthony Ho-Sue/ Nyl Yakura.

Pasangan beregu campuran pingat perak Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi berada dalam Kumpulan D bersama pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019 dan pilihan kedua dari China Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich dari Jerman dan Tan Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Soniia Cheah berada dalam Kumpulan N bersama pilihan kelima dari Thailand Ratchanok Intanon dan Laura Sarosi dari Hungary.

Bagaimanapun, laluan sukar bakal menanti pasangan beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila mereka diundi berada dalam Kumpulan A bersama pilihan pertama Sayaka Hirota-Yuki Fukushima dari Jepun, Apriyani Rahayu-Greysia Polii dari Indonesia dan Chloe Birch-Lauren Smith (Great Britain).

Acara badminton bakal bermula pada 24 Julai hingga 2 Ogos di Musashino Forest Sport Plaza.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: