Badminton

Olimpik 2020: Pemegang pingat perak di Rio tekad tebus kekecewaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi mendebarkan daripada Peng Soon-Goh Liu pada Sukan Olimpik di Rio 2016.

MASIH terbayang lima tahun lalu seluruh rakyat Malaysia tertumpu di kaca TV menonton aksi mendebarkan final beregu campuran melibatkan pasangan beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Gandingan profesional itu merangkul pingat perak di Rio 2016 selepas tewas 14-21, 12-21 kepada pasangan Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir pada final.

Namun perasaan berbeza kali ini apabila Peng Soon- Liu Ying merasakan diri mereka tidak begitu tertekan untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo bulan ini berbanding semasa menghadapi Olimpik Rio 2016.

Peng Soon, 33, berkata pengajaran yang diperoleh mereka pada Rio 2016 adalah tidak ternilai dan mengajar mereka untuk menangani tekanan dengan jauh lebih baik di Sukan Olimpik Tokyo, sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke gelanggang di Musashino Forest Sports Plaza.

Kini Peng Soon tidak sabar untuk menebus kekecewaan pada final di Brazil itu dan cuba bangkit semula untuk merangkul pingat emas di Tokyo kali ini.

Pengalaman lalu menjadikan pasangan beregu ini lebih matang.

“Saya mahu berjuang untuk pingat emas tetapi sudah tentu kami tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada diri sendiri kerana kami perlu menyahut cabaran itu demi satu persatu,” katanya.

Dalam pada itu, Liu Ying, 32, menolak sebarang kemungkinan bahawa ini akan menjadi temasya Olimpik terakhir mereka tetapi sebaliknya menyertai temasya itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai masa depan mereka dalam acara sukan terbesar dunia itu.

Selain pasangan Peng Soon-Liu Ying dan gandingan Aaron-Wooi Yik, empat lagi pemain ke Olimpik Tokyo adalah terdiri daripada perseorangan lelaki Lee Zii Jia, perseorangan wanita Soniia Cheah dan beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean.

Temasya Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: