Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23, Luqman Hakim dan Arif Aiman bakal perkuat pasukan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua Jurulatih B-20, Brad Maloney

PEMAIN kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dan Arif Aiman Hanapi bakal memperkuatkan skuad bawah 20 tahun negara (B-20) bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia B-23.

Ketua Jurulatih B-20, Brad Maloney memaklumkan kedua pemain berkenaan sememangnya berada dalam perancangan selain beberapa pemain lain yang turut berada dalam senarainya.

“Ya, sudah pasti mereka dalam perancangan saya. Saya bercakap dengan Luqman selepas undian semalam dan nampaknya dia begitu bersemangat untuk beraksi di peringkat mana sekalipun.

“Kami perlu berbincang dengan pasukannya untuk melihat komitmennya bersama pasukan itu. Tetapi setakat ini, mereka memang ada dalam perancangan kita,” katanya yang turut mendedahkan Luqman yang kini beraksi bersama KV Kortrijk bersedia untuk mencurah keringat bersama skuad B-20.

Luqman Hakim menyatakan keinginan dan begitu bersemangat untuk beraksi di peringkat mana sekalipun.

Mengulas mengenai kejohanan yang bakal berlangsung di Mongolia, Oktober depan, Brad menegaskan tiada perlawanan yang boleh dianggap mudah pada pusingan kelayakan itu memandangkan Thailand, Mongolia dan Laos pastinya akan menjanjikan saingan sengit buat anak didiknya.

“Mongolia pasti mahu berikan yang terbaik sebagai pasukan tuan rumah dan dengan bimbingan jurulatih dari Jepun, mereka akan ada organisasi yang lebih baik dan bakal memberikan aksi yang sukar kepada kita.

“Kita sentiasa berdepan kesukaran apabila menentang Laos, jadi saya jangka mereka akan turunkan skuad terbaik mereka kerana mereka pun pasti mahu layak ke pusingan seterusnya.

“Aksi yang sukar tetapi percaya barisan pemain mampu memberi saingan dan mereka tidak sabar untuk beraksi,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: