Antarabangsa

Colombia ketiga terbaik Copa America 2021


Image
Rakan sepasukan meraikan gol penyamaan Cuadrado sekaligus membakar semangat Colombia.

COLOMBIA menamatkan kempen Copa America 2021 dengan menewaskan Peru 3-2 pada perlawanan penentuan tempat ketiga penuh rancak dan bertenaga di Estádio Nacional de Brasília, sebentar tadi.

Pemain tengah La Blanquirroja, Yoshimar Yotún menjaringkan gol pembukaan pada penghujung babak pertama perlawanan sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Colombia tidak menunggu lama bagi menyamakan kedudukan menerusi jaringan sepakan percuma Juan Cuadrado minit ke-49.

Luis Diaz meletakkan Los Cafeteros mendahului m-66 yang menerima hantaran jauh dari kawasan pertahanan sendiri, melakukan larian deras mengelirukan sebelum melepaskan tembakan ke arah gawang yang gagal diselamatkan oleh Pedro Gallese.

Image

Peru tidak mengalah apabila berjaya kembali mengikat keputusan 2-2 pada minit ke-82 hasil tandukan Gianluca Lapadula.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila tendangan jarak jauh Diaz di luar kotak penalti memberikan kemenangan mutlak buat  kem Colombia pada masa tambahan dan papan skor di stadium langsung tidak boleh diubah lagi sehinggalah tiupan wisel penamat pengadil perlawanan.

Awal pagi esok, Brazil akan menghadapi Argentina bagi penentuan kejuraan Copa di Stadium Maracana yang penuh ikonik pada jam 9 pagi waktu Malaysia.

PEMAIN :

Colombia: Camilo Vargas; John Medina, Yerry Mina (Davinson Sanchez 55′), Oscar Murillo, William Tesillo; Juan Cuadrado, Wilmar Barrios (Luis Muriel 90′), Gustavo Cuellar (Rafel Borre 83′), Luis Diaz; Edwin Cardona (Yimmi Chara 46′), Duvan Zupata (Miguel Borja 55′).

Peru: Pedro Gallese; Marcos Lopez, Alexander Callens, Anderson Santamaria, Aldo Corzo (Carlos Lora 78′); Yoshimar Yotun, Renato Tapia (Wilder Cartagena 24′); Christian Cueva (Raziel Garcia 69′), Sergio Pena (Santiago Ormeno 78′), Andre Carrillo; Gianluca Lapadula.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: