EURO 2020

Tewas dengan cara begini adalah mengecewakan – Hjulmand


Kasper Hjulmand

KEKALAHAN adalah perkara biasa dalam bola sepak tapi ia bukan dengan cara sedemikian,” itulah reaksi pengendali Denmark, Kasper Hjulmand di atas keputusan penalti yang menyingkirkan pasukannya dari Euro 2020 apabila kecundang  1-2 di separuh akhir kepada England di Stadium Wembley, pagi tadi.

Jelasnya, dia berasa sangat kecewa kerana hampir untuk ke final dan tewas dengan keputusan seperti ini.

“Ia bukan penalti sepatutnya dan ia memang sangat merimaskan saya. Kami kecewa dan sangat kecewa.

“Barisan pemain sudah banyak berkorban. Ia memeritkan. Saya rasa kami harus memahami dulu perkara ini sebelum menggambarkan bagaimana perasaan saya sekarang,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu, Denmark terlebih dahulu mengegarkan jaring tuan rumah melalui jaringan  Mikkel Damsgaard pada minit ke-30 sebelum jaringan sendiri Simon Kjaer sembilan minit kemudian memaksa perlawanan berlarutan sehingga aksi sebenar.

Gol sendiri Simon Kjaer memadamkan jaringan pembukaan Denmark melalui dan selepas aksi sebenar tamat 1-1, England dihadiahkan penalti pada masa tambahan.

Ketika masa tambahan, Raheem Sterling berjaya mendapatkan penalti selepas penyerang Manchester City itu dijatuhkan dalam petak penalti.

Kekasaran berkenaan dilihat sangat minimum dan memerlukan rujukan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Sepakan penalti Harry Kane berjaya diselamatkan Kasper Schmeichel namun penyerang England itu berjaya menjaringkan gol melalui tindakan susulan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: