
JADON Sancho memberitahu dia sukar melelapkan mata selepas membantu pasukan England mara ke suku akhir Sabtu lalu.
Bintang muda yang bakal menyertai Manchester United ini membuat penampilan pertama bersama The Three Lions ketika aksi kemenangan 4-0 aksi suku akhir bertemu Ukraine.
Kemenangan tersebut membawa skuad kendalian Gareth Southgate ini mara ke separuh akhir bertemu Denmark di Stadium Wembley Rabu ini.
Sancho,21, mengakui teruja berada dalam kem England selepas keputusan menewaskan anak buah Andriy Shevchenko itu.
It’ll be Jadon Sancho’s first start of the tournament tonight. 👏⚽️
He’s come a long way from @WatfordFC youth, to start for the #ThreeLions in the quarter finals of #EURO2020. pic.twitter.com/TBJcuqBwUg
— England Football (@EnglandFootball) July 3, 2021
“Saya tidak lena tidur kerana perasaan yang sangat baik , malah rakan-rakan yang lain masih teruja. Jadi saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
“Malah semua orang juga turut sangat teruja. Kami tahu ia sangat bermakna kepada semua penyokong dan seluruh keluarga kami. Keadaan sangat sukar dipercayai… ramai penyokong England di stadium dan sokongan di sana sangat ‘gila’,” jelas Sancho.








Add Comment