
CHRISTIAN Eriksen pertama kali dilihat bersiar-siar di pantai Tidvilde Strand, Denmark selepas keluar dari hospital.
Pemain tengah Denmark itu pengsan ketika aksi pembukaan Euro 2020 bertemu Finland bulan lalu.
Selepas mendapat rawatan kecemasan di padang, dia terus dibawa ke Rigshospitalet di Copenhagen untuk rawatan susulan.

Namun Eriksen,29, kembali pulih selepas menjalani pembedahan dan kembali ke rumahnya pada 18 Jun lalu.
Seorang pemilik kecil Eriksen sempat merakam momen terserempak dengan bintang Denmark itu.
“Saya sangat gementar dan hilang kata-kata apabila memintanya untuk bergambar dengan saya. Saya bangga dapat melakukannya dan gembira hari ini.
“Saya tidak menonton ketika insiden yang berlaku di padang sebelum ini, tetapi dia nampak sihat.
“Dia merupakan pemain kegemaran saya dalam skuad negara. Sekarang saya sangat bangga dapat merakam gambar dengannya,” jelas Bjorn Bindzus kepada BT.

Eriksen sentiasa memuat naik status di laman sosial mengenai status kesihatan dirinya.









Add Comment