Badminton

“Persiapan baik sudah tentu ada sasar pingat” – Choong Han


Wong Choong Han

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Han mendedahkan skuad badminton berada dalam keadaan baik menjelang Sukan Olimpik Tokyo tidak lama lagi.

Bekas pemain perseorangan negara berusia 44 tahun ini juga memberitahu setakat ini semua lapan pemain bebas daripada sebarang kecederaan serius.

“Tinggal seminggu sahaja lagi kami akan berangkat ke Tokyo dan semuanya berada dalam keadaan bagus.

“Biarpun masih ada kebimbangan mengenai pandemik Covid-19, tetapi fokus tetap ke Tokyo memandangkan kita sudah lama berlatih secara tertutup. Jadi tak risau sangat, namun tetap berwaspada.

“Covid-19 ini berlaku di seluruh dunia, dan kita akan terus mengikuti SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya ketika sidang media Sukan Olimpik 2020 pada Isnin.

 

Dalam pada itu, Choong Han memberitahu BAM berharap dapat meraih pingat di Tokyo nanti.

“Sudah tentu ada target untuk medal hasil dari persiapan terbaik setakat ini. Tidak kira apa warna. Lebih banyak pingat lebih baik,” tambahnya.

Pemain-pemain badminton negara yang terdiri daripada Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (beregu campuran) akan menjalani percubaan gelanggang pada 19 Julai sehinggalah perlawanan bermula pada 24 Julai ini.

Sukan Olimpik Tokyo, Jepun secara rasminya membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading