Badminton

Zii Jia harap ‘aura juara’ terus kekal ke Olimpik Tokyo


Oleh: SURYATI MOHD NOR

JUARA All England 2021 Lee Zii Jia mengakui ‘aura juara’ masih lagi membuak-buak dalam dirinya untuk dibawa ke Sukan Olimpik 2020 tidak lama lagi.

Pemain perseorangan badminton kelahiran Kedah berusia 23 tahun itu kini dalam fasa terakhir menjalani latihan sebelum berangkat ke Tokyo minggu depan bersama tujuh lagi rakan-rakan seperjuangan.

Apa yang pasti, Zii Jia memberitahu aksi di Tokyo nanti bukanlah hanya untuk mencari pengalaman semata-mata memandangkan ia penampilan pertamanya di pentas Sukan Olimpik.

“Tak ada sesiapa yang layak ke Olimpik hanya untuk mencari pengalaman.

“Saya mahu pergi ke sana tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan keputusan yang baik dan sudah tentu untuk tambah pengalaman.

Zii Jia mahu keputusan yang baik selain mencari pengalaman di pentas Olimpik 2020.

“Setakat ini rakan-rakan saya banyak membantu (sparring) sepanjang latihan dijalankan,” jelasnya.

Zii Jia yang kini berada di kedudukan kelapan dunia ini dijangka bakal menjadi pesaing utama pingat di Tokyo berikutan kejayaan merangkul gelaran juara All England Mac lalu selepas mengalahkan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark pada aksi final di Birmingham.

Turut menggalas cabaran negara termasuk Soniia Cheah (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki); Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading