Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal dibenarkan di lima negeri


SEMUA aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka dibenarkan dikawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 memgikut SOP berkuatkuasa hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, aktiviti berkenaan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skate boarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

“Ia boleh dilakukan dikawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10 km dari kediaman bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

“Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka dengan pematuhan kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan turut diberikan kebenaran , manakala, pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan separa terbuka awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujar KBS menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

KBS berkata, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi selain daripada fasiliti terbuka (outdoor) dan separa terbuka adalah terhad bagi tujuan pengurusan perlu (kewangan, penyelenggaraan dan seumpamanya) sahaja dengan pematuhan tidak melebihi 30% kapasiti tenaga kerja.

“Penganjuran kejohanan atau pertandingan secara kuarantin dan tertutup tanpa kehadiran penonton/ penyokong mengikut Model Gelembung Sukan terhad kepada anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League) dan Kejuaraan Petronas Cub Prix sahaja.

“Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan dan Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan Model Gelembung Sukan (Camp Based Training).

“Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara tertakluk kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan sokongan KBS/ MSN,” ujarnya.

Untuk rekod Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, lima negeri akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 5 Julai iaitu Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading