Bola Sepak

Kontrak baharu bukan alasan dabik dada


Alto antara nadi utama pasukan Sabah FC dalam saingan Liga M 2021.

PEMAIN paling senior The Rhinos, Alto Linus tidak melihat usia menjadi penghalang buat dirinya untuk terus mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukan mengharungi saingan Liga Super 2021.

Menyertai Sabah FC sejak 2009, pemain yang mampu beraksi dibahagian tengah dan penyerang ini terus ditagih apabila dilanjutkan kontrak sehingga November 2022.

Keyakinan pengurusan Sabah FC melanjutkan kontraknya itu menjadi asas ukuran baginya untuk membantu skuad badak merangkul sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia.

Ujarnya, komitmen serta prestasi semasa antara faktor dirinya ditawarkan kontrak baharu.

“Bagi saya umur itu hanya sekadar angka yang paling penting kerja keras dalam apa juga mahupun semasa latihan atau perlawanan.

“Jangan terlalu selesa dengan kontrak baharu ini, bagi saya kontrak awal ini adalah cabaran baru untuk mencapai prestasi karier bersama Sabah FC.

“Saya harus bekerja keras ramai pemain muda yang ketika ini meningkat naik. Saya harus terus berada pada tahap terbaik untuk membantu pasukan Sabah FC,” katanyanya.

Randy melihat kepercayaan pengurusan memberikan keyakinan buat dirinya untuk terus memberikan aksi yang lebih baik.

Sementara itu salah seorang rakan sepasukannya, Randy Baruh bersama skuad senior Sabah sejak 2016 menyifatkan usaha gigihnya selama ini berbaloi sekali gus dihargai pengurusan.

“Saya berasa gembira, lepas ini akan berusaha lebih gigih serta fokus untuk persiapan saingan Liga Super sekali gus memberi komitmen lebih tinggi di dalam latihan dan perlawanan.

“Seterusnya apabila diberi peluang, paling penting kena fokus latihan dan merebut tempat kesebelasan itu adalah menjadi sasaran utama.

“Saya berharap dapat capai satu sasaran lebih tinggi dalam hidup membantu Sabah FC muncul Juara Piala Malaysia,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading