Bola Sepak

Ivanic dan Nazirul bakal diuji


Kurniawan kini gigih membentuk keserasian dan taktikal barisan pemainnya.

LIMA perlawanan persahabatan di ibu negara bulan depan dijadikan ruang untuk menguji tahap kecergasan pemain selain menilai prestasi dua pemain baharunya.

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata dua pemain tersebut, Josip Ivancic, penyerang dari Croatia yang menggantikan penyerang Liberia, Sam Johnson serta Nazirul Naim Che Hashim dari Perak FC.

Ivancic kini jadi taruhan penggempur baharu Sabah FC.

Ivancic berketinggian 1.93 cm itu diturunkan menentang Kedah Darul Aman FC, penghujung Mei lalu manakala Nazirul, bekas bek kiri skuad kebangsaan dipinjamkan ke Sabah FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Kita masih tunggu kelulusan daripada Malaysian Football League (MFL) yang dijangka akan diperolehi dalam tempoh terdekat.

“Mudah-mudahan kita dapat tengok serta ukur kemampuan mereka dalam perlawanan persahabatan nanti.

“Mereka mungkin memerlukan masa untuk memahami serta mengerti bagaimana game plan kita.. kerana mungkin game plan kita berbeza dengan team lama mereka. jadi kita cuba untuk berikan pengertian kepada mereka terutama Josip, memang agak berbeza game plan team lamanya,” katanya.

Nazirul dijangka mampu menyelesaikan masalah pertahanan kiri.

 

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan itu, Kurniawan berkata Sabah FC sudah secara lisan berkomunikasi dengan beberapa kelab di Semenanjung Malaysia yang bersedia dan berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu nanti.

“Kita tinggal tunggu pelaksanaannya nanti termasuk tatacara untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan dan hanya menunggu keputusannya kemungkinan bersar dapat diperolehi dalam minggu ini,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading