Bola Sepak

Switzerland ‘underdog’ yang di luar jangkaan


MASIH segar dari kejayaan menyingkirkan pilihan kejohanan, Perancis di pusingan 16 terbaik, Switzerland berazam untuk layak menjadi empat pasukan terakhir Euro 2020 apabila berhadapan Sepanyol di St Petersburg pada pagi Sabtu.

Switzerland mengejutkan Perancis untuk menempah slot ke suku akhir dan tidak boleh disangkal bahawa Switzerland adalah pasukan bukan pilihan pada perlawanan itu dan dilihat sudah tersingkir dari kejohanan apabila Paul Pogba menjaringkan gol ketiga Perancis pada minit ke-75.

Haris Seferovic menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-81 sebelum jaringan Mario Gavranovic pada minit terakhir mengheret perlawanan ke penalti sebelum Switzerland memenanginya apabila Kylian Mbappe gagal di penalti terakhir sekaligus menggamatkan suasana di antara pemain, pegawai dan penyokong.

Pemain Switzerland meraikan kemenangan ke atas Perancis.

Switzerland kini layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah. Apa yang lebih menarik adalah mereka hanya menang sekali dalam masa penuh iaitu ketika menewaskan Turki dalam perlawanan terakhir kumpulan. Mereka hanya seri dengan Wales dan tewas kepada Itali.

Skuad Vladimir Petkovic kini berada dalam keadaan cukup yakin selepas menewaskan Perancis, tetapi rekod mereka dengan Sepanyol boleh dianggap buruk apabila hanya menang sekali dari 22 pertemuan sebelum ini dengan tewas sebanyak 16 kali.

Switzerland mara ke suku akhir bertemju Sepanyol. Foto: Reuters

Namun mereka kini berada dalam prestasi terbaik apabila hanya tewas sekali dari 11 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. Kejayaan ke atas Perancis boleh dianggap sebagai pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan besar. Switzerland pernah layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia pada 1934, 1938 dan 1954.

Switzerland bakal turun tanpa khidmat Granit Xhaka apabila pemain tengah Arsenal itu digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad kuning ketika kemenangan dengan Perancis tempoh hari dan dijangka digantikan oleh Denis Zakaria dan mereka dijangka mengekalkan kesebelasan sama untuk berhadapan Sepanyol.

Barisan Kemungkinan Switzerland :

Sommer; Elvedi, Akanji, Rodriguez; Widmer, Freuler, Zakaria, Zuber; Shaqiri; Embolo, Seferovic


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading