PENAMPILAN Lionel Messi yang ke-148 untuk Argentina bertambah manis apabila membantu negaranya muncul juara Kumpulan A Copa America 2021.
Bukan itu sahaja, bintang Barcelona itu juga memintas rekod permainan terbanyak bekas rakan sepasukan, Javier Mascherano, yang mengumpul 147 caps.
Beraksi di Arena Pantanal sebentar tadi, Messi meledak dua gol (penalti minit ke-33, m-42 menewaskan pasukan tangga tercorot, Bolivia 4-1 saingan terakhir kumpulan. Dua lagi jaringan disumbat oleh Alejandro Dario Gomez (6) dan Lautaro Martinez (65).
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak di Stadium Olympic, Urugay menang 1-0 mengatasi Paraguay menerusi gol tunggal sepakan penalti Edinson Cavani m-21.
Tuan rumah Brazil, Peru, Colombia dan Ecuador juga layak dari Kumpulan B.
Aksi suku akhir dijadual bermula pada 3 dan 4 Julai ini.
Berikut senarai pasukan Kumpulan A yang mara ke suku akhir :
ARGENTINA
URUGUAY
PARAGUAY
CHILE





Add Comment