Antarabangsa

Venezuela tersingkir, Brazil juarai Kumpulan B

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Mina menyamakan kedudukan untuk Ecuador.

LENGKAP sudah senarai pasukan yang mara ke suku akhir kempen Copa America 2021 dari Kumpulan B.

Tuan rumah, Brazil yang awal-awal mengesahkan laluan muncul juara kumpulan walaupun diikat Ecuador pada aksi terakhir sebentar tadi.

Tiga pasukan lain, Peru, Colombia dan Ecuador kini sedang menanti pasukan dalam Kumpulan A yang akan turun ke gelanggang jam 8 pagi esok.

Eder Militao meletakkan skuad Samba unggul di depan minit ke-37 namun kedudukan itu dipadamkan Angel Mina menerusi jaringan babak kedua.

Image
Carrillo meledak gol tunggal Peru, sebentar tadi.

Satu lagi perlawanan menyaksikan, Peru menang tipis 1-0 ke atas Venezuela hasil sumbangan gol Andre Carrillo m-48.

Peru juga muncul naib juara dengan mengutip tujuh mata dan memintas pasukan tangga kedua sebelum ini, Colombia.

Pertembungan suku akhir dijadual berlangsung pada 3 dan 4 Julai ini.

Kedudukan akhir Kumpulan B.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: