Antarabangsa

Brazil sisih Felipe gara-gara kecederaan


Felipe
Pemain pertahanan Atletico Madrid itu terseliuh di lutut kanannya.

TONGGAK pertahanan Atletico Madrid dan Brazil, Felipe Monteiro mengalami tamparan hebat hujung minggu ini kerana dia terpaksa diketepikan dari kempen Copa America 2021.

Puncanya, Felipe terseliuh pada lutut kanannya, yang bermaksud bahawa Brazil harus beraksi tanpanya untuk musim panas ini ketika mereka ingin mengangkat kejuaraan di tanah air.

Felipe mengalami kecederaan pada lutut kanan pada 16 Jun, sehari sebelum Brazil bermain dan mengalahkan Peru pada perlawanan kedua mereka di kejohanan itu. Pemeriksaan lanjut menunjukkan tahap kecederaannya.

Sejak itu,  dia menjalani beberapa sesi fisioterapi, tetapi telah disahkan bahawa dia tidak akan dapat memainkan peranan pada musim panas ini.

Tite telah memanggil Leo Ortiz ke dalam skuad untuk menggantikan Felipe, pemain posisi pertahanan berusia 25 tahun yang bermain dengan kelab Red Bull Bragantino.

Awal pagi esok, skuad Samba akan melengkapkan jadual Kumpulan B menentang Ecuador di Estadio Olimpico Pedro Ludovico.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: