Antarabangsa

Aksi penentu kedudukan jadi tumpuan, peningkatan COVID-19 resahkan peminat


fbl-2021-copa-america-chi-par-2

EMPAT pasukan dalam Kumpulan A telah mengesahkan kelayakan ke peringkat suku akhir Copa America 2021.

Argentina, Paraguay, Chile dan Uruguay memastikan slot tetapi hanya menunggu penentuan kedudukan posisi terakhir yang akan diketahui awal pagi Selasa.

Kecuali Bolivia, yang tersingkir tanpa sebarang mata edisi kali ini. Seandainya mereka menewaskan Argentina sekalipun, kedudukan tercorot tetap milik Bolivia.

Sebaliknya, pasukan dari Kumpulan B paling mencuri tumpuan serta masih bernyawa kepada tiga pasukan seperti Peru, Ecuador dan Venezuela tatkala Brazil telah layak fasa seterusnya.

Pasukan kendalian Tite itu dipastikan tidak diusik muncul juara kumpulan meskipun masih berbaki satu permainan.

Ini kerana, Brazil, dengan kutipan sembilan mata, dipastikan tidak akan berjaya dipintas oleh pasukan lain dalam kumpulan. Colombia (4 mata), Peru (4 mata), Ecuador (2 mata), dan Venezuela (2 mata). Sebagai rekod, Colombia menjadi satu-satunya pasukan yang bermain kesemua empat perlawanan.

Ecuador berpeluang meraih slot jika mengatasi tuan rumah yang dijangka tidak akan meletakkan pasukan dengan kekuatan penuh kerana sudah mendahului kumpulan. Dengan mengutip dua mata selepas tiga perlawanan, kedudukan kedua boleh menjadi milik mereka.

Venezulea, walaupun berada pada tangga tercorot berupaya memintas Peru dan sekali gus layak.

Diaz diuji positif COVID-19

Bagaimanapun, ada berita kurang menyenangkan buat Ecuador apabila pemain tengah, Damian Diaz diuji positif COVID-19 pada hari Sabtu, sehari sebelum perlawanan Copa America menentang Brazil.

Diaz berada dalam “keadaan yang sangat baik, terpencil. Dia adalah satu-satunya pemain dalam skuad yang positif, kata jurucakap pasukan itu di media sosial.

Semalam, Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) melaporkan sebanyak 166 kes COVID-19 direkodkan sepanjang saingan Copa America di Brazil.

Jumlah berkenaan termasuk semua ujian dilakukan sehingga Isnin lalu, pada hari sama badan induk itu berkata 140 orang dijangkiti membabitkan kejohanan berkenaan.

Sebanyak 22,856 ujian dilakukan terhadap mereka yang terbabit dengan kejohanan dan 0.7 peratus keputusannya adalah positif.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: