
Aksi Copa America 2021 membabitkan saingan Kumpulan B dilihat menarik perhatian peminat. Tuan rumah, Brazil awal-awal lagi melayakkan diri ke suku akhir selepas kemenangan dramatik ke atas Colombia.
Manakala, perlawanan antara Peru dan Ecuador yang berkesudahan seri 2-2 pada pada Khamis membuka ruang tiga pasukan terbawah untuk memburu peluang ke fasa seterusnya.
Setakat ini, pasukan Brazil dan Colombia mengesahkan pusingan suku akhir dengan satu lagi slot akan ditentukan pada hari terakhir kumpulan pada awal pagi Isnin ini.
Brazil bertemu Ecuador manakala Peru bermain menentang Venezuela.
Bagaimana 5 pasukan akan menamatkan kempen Kumpulan B
BRAZIL
Telah layak sebagai juara kumpulan. Pasukan kendalian Tite itu bermain tiga perlawanan dan menang kesemuanya. Mereka mengutip sembilan mata dan menggegar jaring lawan, juga sembilan gol dan hanya bolos sekali.

COLOMBIA
Layak tetapi penentuan kedudukan belum ditentukan. Skuad Reinaldo Rueda menempah tempat ke suku akhir tetapi kena tunggu sehingga aksi terakhir kumpulan. Mereka bermain kesemua perlawanan dan terpaksa menunggu keputusan pasukan lain. Terkini, Colombia pada tangga kedua dengan kutipan empat mata.

PERU
Skuad Ricardo Gareca menunjukkan prestasi naik dan turun sepanjang kempen. Kalah kepada Brazil pada aksi pembukaan namun kembali bangkit untuk meraih empat mata dalam kumpulan. Kedudukan semasa pada tangga ketiga (1 menang, 1 seri dan 1 kalah ) akan membuat temujanji dengan Venezuela pada perlawanan terakhir Isnin ini.

ECUADOR
Ecuador mungkin mendapati mereka berada dalam kedudukan paling tidak selamat dalam kumpulan. Mereka hanya meraih dua mata dari dua perlawanan tetapi kini berdepan Brazil dalam perlawanan terakhir. Kekalahan kepada Brazil akan meranapkan impian ke suku akhir.

VENEZUELA
Walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui ramai, Venezuela tetap kompetitif dan mempunyai peluang untuk mara. Walaupun berada di kedudukan terakhir dalam Kumpulan B, kemenangan menentang Peru memastikan mereka layak. Sekiranya Ecuador tewas kepada Brazil, maka keputusan seri Venezuela juga sudah cukup untuk membawa mereka ke peringkat seterusnya.






Add Comment