Antarabangsa

Copa America 2021 : Messi persis Beethoven, Dali


Image

JURULATIH pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique, melemparkan pujian melangit kepada bintang Barcelona, Lionel Messi. La Pulga diakuinya sebagai pemain yang bijak.

Semalam, Messi menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-34 pada 24 Jun 2021. Pemain asal Argentina itu merayakannya bersama skuad La Albiceleste yang sedang berentap di Copa America 2021.

Walaupun dirinya sudah memasuki usia senja dalam karier bola sepak, namun Messi tetap tidak kehilangan sentuhan magis dalam padang.

Terbaru, dia mempamerkan kemampuan ketika Argentina menang 1-0 ke atas Paraguay dalam aksi Kumpulan A Copa America, pada Selasa.

Enrique juga tidak sangsi menyebut Messi sebagai pemain cerdas dan bergeliga dalam dunia bola sepak. Malah, dia menyamakan pemenang enam Ballon d’Or itu dengan komposer klasik Jerman, Ludwig van Beethoven, serta pelukis terkenal asal Sepanyol, Salvador Dali.

“Tidak mungkin membawa bola begitu dekat dengan kepantasan seperti itu. Bola memang payah nak hilang apabila berada di kakinya.

“Anda dapat melihatnya keesokan harinya selepas pertandingan. Dia sama seperti Beethoven atau Dali,” kata Luis Enrique kepada TV3, dipetik dari Sportskeeda.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading