
LAPAN pasukan telah memastikan tempat di suku akhir Copa America 2021. Pasukan kebangsaan Brazil sebagai juara bertahan akan bertemu dengan juara edisi 2016, Chile.
Empat pasukan terbaik dari Kumpulan A iaitu Argentina, Uruguay, Paraguay, dan Chile akan menanti perlawanan seterusnya manakala Kumpulan B diwakili Brazil, Peru, Colombia serta Ecuador.
Pada perlawanan suku akhir nanti, Argentina menentang Ecuador. Sementara itu, Uruguay menghadapi ancaman Colombia.
Naib juara Kumpulan B, Peru berhadapan dengan Paraguay di Estadio Olimpico Pedro Ludovico. manakala aksi getir Samba berdepan Chile diadakan Estadio Olimpico Nilton Santos.
Mengikut jadual, saingan akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.
Sabtu (3 Julai)
Peru vs Paraguay
Estadio Estadio Olimpico Pedro Ludovico, 5 pagi
Brasil vs Chile
Estadio Olimpico Nilton Santos, 8 pagi
Ahad (4 Julai)
Uruguay vs Colombia
Estadio Nacional de Mane Garrincha, 6 pagi
Argentina vs Ecuador
Estadio Olimpico Pedro Ludovic, 9 pagi






Add Comment