
Oleh: JJFIRDAUS
KETUA Jurulatih JDT, Benjamin Mora menerima hakikat bahawa banyak perkara yang berada di luar kawalan dalam permainan bola sepak seperti cuaca, keadaan padang dan layangan kad kuning.
Namun Mora tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang berjaya mengawal perlawanan dan menyerap tempo permainan perlahan pihak lawan.
Mora menjawab pertanyaan media dalam sidang media selepas JDT tewas 1-4 kepada Pohang Steelers dalam perlawanan Kumpulan G, Liga Juara-Juara AFC di Stadium Rajamangala, Bangkok.
“Kami mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua tetapi gagal memanfaatkannya tetapi apa yang penting adalah usaha dari setiap pemain.
2021 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Full Time
POHANG STEELERS [4-1] JDT
(Boris Tashchy 27′ (pen) / Kang Sang-Woo 35′ (pen) / Kwon Gi-Pyo 82′ / Lim Sang-Hyub 90’+1 (pen)
(Leandro Velázquez 17′)More photos at https://t.co/3bZbzVibFk pic.twitter.com/SUODkTRiA7
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 28, 2021
“Pemain kami jelas keletihan selepas tiga perlawanan yang memenatkan dan kami akan fokus kepada sesi pemulihan tetapi para pemain Pohang Steelers juga pasti kepenatan.
“Kami tahu cara mereka bermain dan kami tahu apa yang perlu dilakukan. Kami mahu membalas dendam dengan kemenangan dan mahu bangkit dari kekalahan ini sebelum menghadapi lawan yang sama pada 1 Julai nanti.
JDT kini ditangga ketiga dengan tiga mata dan bakal bertemu semula dengan Pohang Steelers pada 1 Julai ini untuk perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan.





Add Comment