Lain-Lain

Jun Hoong layak ke Olimpik Tokyo 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Jun Hoong (kiri) dan Pandelela kibar cabaran Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

SEGALA kerumitan berkaitan isu slot Cheong Jun Hoong untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 terlerai malam tadi.

Majlis Olimpik Malaysia memaklumkan pihak FINA telah mengesahkan Cheong Jun Hoong layak untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

Perkembangan terkini ini disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebentar tadi

“Saya telah dimaklum oleh Majlis Olimpik Malaysia pada lewat malam tadi bahawa pihak FINA telah mengesahkan bahawa Cheong Jun Hoong layak untuk ke Olimpik Tokyo 2020.

“Ini berdasarkan merit ranking 18 terbaik yang dicapai oleh beliau semasa FINA Diving World Cup 2021 yang berlangsung di Jepun pada Mei lalu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Penyertaan Jun Hoong juga sekaligus melengkapkan barisan atlet skuad terjun negara yang telah layak seperti Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri.

Reezal Merican turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) atas usaha serta kerja keras dalam memastikan skuad terjun negara sentiasa memberikan pencapaian yang terbaik dan mendapat tempat selayaknya secara merit.

“Teruskan usaha dan berikan yang terbaik semasa temasya Olimpik nanti. Saya yakin dengan prestasi serta kemampuan anda semua. Demi negara. Demi Malaysia! ,” ujarnya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: