Bola Sepak

ACL: Pengadil batal gol Bergson, Nagoya Grampus menang tipis

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gol Bergson dibatalkan pengadil kerana dikatakan menolak pemain lawan. Foto: JDT

 

Oleh: JJFIRDAUS

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan baik walaupun tewas 1-0 kepada wakil Jepun, Nagoya Grampus dalam perlawanan pertama Kumpulan G.

Perlawanan yang berlangsung secara karnival di Stadium Rajamangala, Bangkok itu menyaksikan Harimau Selatan turun dengan barisan terbaik dengan Shane Lowry mendapat kepercayaan Benjamin Mora untuk berpasangan dengan Maurico di benteng tengah.

S.Kunanlan pula menjadi pilihan di pertahanan kanan menggantikan Matt Davies manakala Arif Aiman Hanapi menjadi pemain paling muda memulakan perlawanan ACL buat JDT pada usia 19 tahun 1 bulan dan 18 hari.

JDT berjaya mengekang asakan awal Nagoya sebelum dilihat mula selesa mengatur gerak dan berjaya melakukan dua percubaan bahaya menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-36 minit dan Arif Aiman pada minit ke-43.

Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama dengan Safawi Rasid dan Mauricio dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran.

Babak kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan dengan Arif Aiman cemerlang di bahagian sayap dan Bergson sekali lagi nyaris meletakkan JDT di depan pada minit ke-58.

Menerusi satu serangan pantas, Nagoya Grampus berjaya menjaringkan gol pada minit je-61 apabila Hiroyuki Abe menolak bola masuk ke gawang JDT di kala pemain JDT berhenti kerana beranggapan pemain Nagoya berada dalam keadaan ofsaid.

Pengadil dari UAE mengesahkan jaringan itu dan Mora segera membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Matt Davies, Ramadan Saifullah dan Safiq Rahim menggantikan Kunanlan, Safawi dan Afiq Fazail.

JDT menggandakan serangan dan Bergson berjaya menggegar jaring Nagoya Grampus pada minit terakhir tetapi dibatalkan pengadil kerana Bergson dikatakan telah menolak pertahanan lawan.

Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat dan pengadil menjadi tumpuan akibat dari beberapa keputusan yang meragukan tetapi JDT terpaksa akur dengan keputusan ini.

Perlawanan seterusnya JDT bakal bertemu Ratchaburi FC pada 25 Jun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: