Antarabangsa

Magis Hang-seo buka era baharu bola sepak Vietnam ke final Piala Dunia 2022


KEMPEN saingan Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sudah pun berakhir bagi semua perlawanan yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagi pasukan negara, tiga perlawanan yang dilalui sepanjang kempen ini pastinya menjadi pengajaran kepada semua pemain serta pengurusan.

Dengan hanya satu kemenangan yang dicatat ketika menentang Thailand sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila mata yang dikutip itu meletakkan mereka di kedudukan ketika kumpulan sekaligus mara secara automatik untuk Pusingan 3 Piala Asia bermula Mac depan.

Namun impian untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022, sudah pun terkubur. Hanya dua pasukan teratas layak ke aksi akhir tahun depan di Qatar.

Apa yang  menarik dalam kumpulan ini apabila menyaksikan Vietnam satu-satunya wakil negara Asean pertama kali layak ke final Piala Dunia 2022.

Pasukan Golden Star Warriors itu memberi kejutan dalam fenomena bola sepak Asean yang berada sebaris dengan 11 lagi pasukan Asia lain yang berjaya ke Qatar tahun depan.

Tumpuan utama sudah pasti kepada ketua jurulatih Park Hang-seo dari Korea Selatan yang telah memberi harapan baharu bagi bola sepak Vietnam.

Kehadiran Hang-Seo pada tahun 2017 tidaklah disambut ‘mesra’ oleh segelintir penyokong-penyokong Vietnam ketika membawa pasukan buat pertama kali bertemu Afganistan yang menyaksikan keputusan 0-0, yang sekaligus layak untuk Piala Asia 2019, pertama kali selepas 2007.

Namun kepercayaan yang diberikan kepada Hang-Seo untuk menguruskan skuad ini nampaknya berjaya dengan cara tersendiri.

 

Dia semakin disayangi selepas persembahan pada Kejuaraan AFF 2018  bergelar juara dan Sukan Asia 2018 (keempat). Malah Hang-Seo juga merupakan jurutih untuk pasukan Sukan Olimpik Vietnam.

Bermula dengan Piala Asia 2019, Vietnam mula dipandang di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi selepas menewaskan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia dalam aksi perlawanan persahabatan dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan penalti.

Pada aksi Piala Asia 2019, Vietnam mara ke aksi suku akhir sebelum tewas tipis kepada Jepun.

Namun tahun ini Vietnam melakar era baharu bola sepak negara itu dengan layak ke final Piala Dunia 2022 selepas mencatat satu kekalahan dalam lapan perlawanan kumpulan dengan mengumpul 17 mata berada di belakang UAE (18 mata) selaku juara kumpulan.

Ketika aksi di Dubai, Hang-Seo menurunkan pemain-pemainnya yang purata berusia 20-26, seorang pemain berusia 28 tahun, 32 tahun (1) dan 35 (1).

Pemain-pemain yang berusia 20-26 tahun itu merupakan pelatihnya dalam skuad B-23 yang dilatihanya sejak tiba di Vietnam pada tahun 2017 dan yang kini menjadi antara 12 pasukan terbaik Asia!.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading