Bola Sepak Terkini

Harimau Malaya kembali mengaum !!!!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu momentum kemenangan yang diraih ketika membenam Thailand, 1-0 awal pagi tadi dieruskan untuk cabaran seterusnya.

“Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat malam ini menentang pasukan Thailand yang memberikan cabaran yang cukup  hebat.

“Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya – dengan lencana yang membawa nama negara.

“Saya bangga dengan aksi pada malam ini. Jangan lupakan semangat di atas padang pada malam ini dan kekalkan momentum untuk cabaran seterusnya pada bulan November ini. GOOD GAME HARIMAU MALAYA!,” ujarnya memuat naik kata-kata semangat di laman rasmi FB miliknya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi malam tadi, Harimau Malaya yaang mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, akhirnya memperolehi kemenangan sulung menewaskan Thailand 1-0, hasil jarian Safawi Rasid melalui sepakan penalti.

Kemenangan itu juga menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe menempah slot di pusingan ketiga Piala Asia selepas menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan ketiga dengan 12 mata manakala Thailand yang kekal dengan sembilan mata jatuh ke tangga keempat.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: