Bola Sepak

Sepakan penalti Safawi bawa kemenangan buat Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain utama ketika menentang Thailand awal pagi Rabu. Foto: FAM

 

PASUKAN Malaysia membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi Rabu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe tampil dengan beberapa muka baharu berbanding dengan dua perlawanan sebelum ini (UAE dan Vietnam) yang menyaksikan pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanapi diletakkan dalam barisan utama bersama Guilherme de Paula dan Matthiew Davies.

Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dengan serangan balas, namun separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Bagaimana pun babak kedua lebih menarik selepas pertukaran pemain dibuat oleh Cheng Hoe dengan melakukan dua pertukaran memasukan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad menggantikan Brendan Gan dan Arif Aiman.

 

Beberapa minit dimasukkan, Safawi berjaya memecah kebuntuan gol perlawanan apabila berjaya melaksanakan sepakan penalti yang baik pada minit ke-52.

Apa yang pasti jaringan penalti tersebut jalas kelihatan keyakinan Safawi kembali dalam dirinya selepas dua perlawanan sebelum ini menyaksikan rentaknya agak perlahan.

Pasukan Thailand cuba bangkit mengatur serangan, namun tidak kesampaian selepas barisan pertahanan  negara memainkan peranan penting menghalang percubaan mereka.

Pujian juga perlu diberikan kepada penjaga gol negara Khairulazhan Mohd Khalid yang tampil cemerlang dalam aksi pertamanya pada edisi kelayakan kali ini.

Keputusan berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan tunggal daripada Safawi.

Dengan kemenangan ini, kedudukan Malaysia dalam Kumpulan G berubah ke kedudukan ketiga dengan 12 mata keseluruhannya.

Sebagai rekod, pasukan Malaysia layak secara automatik layak ke Pusingan 3 Piala Asia 2023.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: