EURO 2020

Prebiu: Belanda gusar, Ukraine waspada


Belanda bakal bertemu Ukraine dalam Kumpulan C.

BELANDA bakal turun menentang Ukraine dalam pertembungan Kumpulan C Kejohanan UEFA Euro 2020 di Amsterdam Arena dengan kedua-dua negara ini dijangka bakal layak ke peringkat kalah mati sekaligus menyaksikan perlawanan ini bakal menjadi kunci siapa yang bakal menduduki tangga teratas kumpulan.

Skuad Oranje kendalian Frank De Boer sedikit terkesan dengan kecederaan yang melanda Donny van de Beek manakala penjaga gol utama Jasper Cillessen terpaksa digugurkan dari skuad kerana diuji positif Covid-19.

Ditambah pula tanpa kehadiran tonggak Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan ACL sejak Oktober tahun lalu, benteng pertahanan Belanda dilihat sedikit rapuh. Bagaimanapun, masih ramai pemain yang mampu diturunkan untuk mengawal benteng dalam sistem 3-5-2 De Boer.

Sementara itu, Ukraine pula sedang berada pada tahap terbaik apabila berjaya memenangi kedua-dua perlawanan pemanas badan mereka menentang Ireland Utara dan Cyprus tanpa melepaskan sebarang gol.

Ukraine mampu beri kejutan.

Skuad Andriy Shevchenko membuat kejutan ketika pusingan kelayakan apabila mengungguli kumpulan di hadapan Portugal dan Serbia sekaligus menjadikan mereka antara pasukan pilihan kejohanan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Jika Ukraine tidak layak ke pusingan kalah mati buat pertama kali dalam Kejohanan Eropah, ianya merupakan kegagalan terbesar kerana Kumpulan C dianggap sebagai kumpulan terlemah kejohanan.

Dengan kedua-dua pasukan dijangka menggunakan formasi 3-5-2, ianya pasti akan menjadi perlawanan yang sukar dan mungkin memerlukan magis individu untuk mengubah keputusan perlawanan.

Barisan kemungkinan Belanda:

Stekelenburg; Dumfries, De Ligt, De Vrij, Blind, Wijndal; De Roon, De Jong, Wijnaldum; Weghorst, Depay

Barisan kemungkinan Ukraine:

Bushchan; Karavayev, Zabarnyi, Kryvtsov, Matviyenko, Mykolenko; Shaparenko, Sydorchuk, Zinchenko; Malinovskyi, Yaremchuk

Ramalan:

Belanda 1-1 Ukraine


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: