EURO 2020

Jaringan Sterling pastikan kemenangan England


Gol tunggal Sterling memastikan kemenangan England ke atas Croatia. (Foto : Euro 2020)

JARINGAN tunggal penyerang England, Raheem Sterling memastikan pasukan meraih tiga mata penuh menewaskan Croatia pada aksi Kumpulan D, Euro 2020 di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Mendominasi hampir sepenuhnya perlawanan pada babak pertama, skuad bimbingan Gareth Southgate hanya berjaya menguji gawang lawan melalui percubaan Phil Foden pada minit ke-6.

Namun selepas percubaan tersebut, England ternyata buntu memecah benteng Croatia yang mempamerkan corak pertahanan penuh fokus bagi memastikan gawang tidak dibocori sepanjang 45 babak pertama.

Memasuki babak kedua, Croatia mula mengambil alih peranan mendominasi perlawanan dengan mencipta beberapa gerakan yang memberikan tekanan kepada England bertahan sepanjang 10 minit babak kedua.

Gol perlawanan yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-57 hasil penyudahan sempurna, Raheem Sterling untuk meletakkan pasukan dihadapan mengatasi Croatia, 1-0.

Walaupuan Croatia cuba bangkit memburu gol penyamaan namun keputusan berkenaan kekal sehinggalah tamat perlawanan untuk England tiga mata penuh.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: