
DENMARK cuba untuk melakukan permulaan cemerlang dalam kempen Euro 2020 mereka apabila berhadapan pencabar Scandinavia, Finland dalam perlawanan pertama mereka malam ini.
Juara Kejohanan Eropah 1992 ini cuba untuk memberi tentangan kepada Belgium untuk merebut tempat teratas dalam Kumpulan B, walaupun Russia juga mahu melayakkan diri ke peringkat kalah mati sekaligus bakal menyaksikan persaingan yang sengit.
Skuad Kasper Hjulmand hanya tewas sekali dari 12 perlawanan dalam semua kejohanan dan pastinya melihat perlawanan pembukaan di Copenhagen sebagai kunci terbaik bagi memastikan mereka menghuni dua tangga teratas.

Buat Finland — kemunculan pertama mereka di Kejohanan Eropah ini, berdepan tugas sukar tetapi kejayaan layak ke pusingan akhir Euro 2020 ini sudah dianggap satu kejayaan buat pasukan dan keseluruhan negara.
Skuad kendalian Markku Kanerva mahu memastikan mereka bukanlah sekadar pelengkap kuota walaupun persiapan sebelum kejohanan agak negatif apabila tewas kepada Sweden and Estonia dalam perlawanan persahabatan.
Finland sememangnya mampu memberikan tentangan kepada Denmark tetapi ianya dilihat sukar pada ketika ini dengan Denmark mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri dengan kehadiran penyokong fanatik.
Barisan Kemungkinan Denmark:
Schmeichel; Wass, Christensen, Kjaer, Maehle; Hojbjerg, Delaney; Poulsen, Eriksen, Braithwaite; Wind
Barisan Kemungkinan Finland:
Hradecky; Arajuuri, Toivio, O’Shaughnessy; Raitala, Kamara, Sparv, Lod, Uronen; Pohjanpalo, Pukki
Ramalan Cakap Sukan –
Denmark 2-0 Finland.






Add Comment