
KELAB Inggeris, Manchester United sebentar tadi mengumumkan melepaskan lapan pemain termasuk dua pemain senior pada bursa perpindahan musim panas ini.
Mereka adalah penjaga gawang, Sergio Romero dan Joel Pereira. Bakinya adalah pemain muda ; Jacob Carney, Mark Helm, Iestyn Hughes, Arnau Puigmal, Max Taylor and Aliou Traore.
“Pada musim ini, kontrak pemain United akan tamat untuk semua peringkat,” tulis kenyataan MU di laman rasminya.
Sementara itu, The Red Devils mengumumkan sedang berunding dengan dua pemain pasukan seniornya. Pemain dimaksudkan adalah penjaga gawang, Lee Grant dan tonggak tengah, Juan Mata.
Pada musim 2020/2021, pasukan senior Manchester United mengakhiri kempen dengan kurang cantik. Paul Pogba dan rakan-rakan gagal meraih sebarang trofi.
Di Liga Perdana Inggeris, United sekadar muncul naib juara di belakang Manchester City. Kemudian di Liga Juara-Juara, langkah mereka terhenti di peringkat kumpulan.
United terpaksa bermain di Liga Europa, dan berjaya melangkah sehingga final. Namun, anak buah Ole Gunnar Solskjaer tewas penentuan penalti dengan Villarreal.
Setakat ini, United tengah dikaitkan dengan beberapa nama. Antaranya Jadon Sancho dari Borussia Dortmund, Harry Kane (Tottenham Hotspur), Raphael Varane (Real Madrid), dan Kieran Trippier (Atletico Madrid).








Add Comment