Bola Sepak Semasa Terkini

Dua pemain kacukan ‘bersuara’ selepas aksi tewas bertemu UAE

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

OLEH: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN kacukan Harimau Malaya, Junior Eldstal dan Dion Cools dilihat lebih positif mengharungi saingan seterusnya.

Kekalahan 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pembukaan Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 terus menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.

Dengan barisan pemain yang dilihat lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini, sudah tentu semua penyokong mahu melihat aksi yang bertenaga dan semangat juang yang tinggi, namun tetap realistik berdasarkan ranking UAE yang jauh lebih baik daripada Malaysia.

Junior dalam ciapan di Twitternya meminta semua penyokong terus berada bersama skuad Harimau Malaya.

“Please stand behind us and bound back with us! Thank you for the unconditional support.”

Biarpun hanya dapat beraksi dalam beberapa minit pada perlawanan tersebut, tidak dinafikan Junior memberi impak yang baik, namun agak terlambat untuk mengejar jaringan yang diraih tuan rumah.

 

Sementara itu, Cools yang tampil dengan debut pertama bersama skuad negara, ternyata seperti yang dikata… mempamerkan prestasi yang diperlukan.

Beraksi di bahagian perhatian, Cools juga membantu di bahagian tengah, malah sikap tenangnya dalam membuat hantaran bola ketika skuad negara ditekan dengan serangan menunjukkan dia berada di tahap yang berbeza.

Kekalahan tersebut pastinya memberi kesan yang sukar dilupakan kepada pemain-pemain, namun mereka semua sudah tentu mempelajari apa yang telah berlaku.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini akan meneruskan aksi untuk perlawanan kedua kumpulan bertemu Vietnam pada 11 Jun ini sebelum bertemu Thailand pada 15 Jun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: