Motorsport

GP Singapura 2021 dibatalkan !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

NAMPAKNYA tiada aksi perlumbaan Formula 1 GP Singapura tahun ini.  Pihak penganjur memutuskan untuk membatalkannya, susulan pandemi COVID-19 yang belum berakhir.

Mengikut jadual, GP Singapura akan berlangsung pada 1 hingg 3 Oktober depan. Namun, dengan urusan keluar masuk yang diperketat selama pandemi menyebabkan proses persiapan logistik untuk perlumbaan tergendala.

Selain itu, perlumbaan ini juga masih belum dapat membenarkan kehadiran penonton. Tahun lepas, GP Singapura juga dibatalkan  kerana alasan sama.

Pihak F1 kini akan mencari satu pusingan tambahan untuk menggantikannya bagi memastikan supaya 23  perlumbaan dalam setahun 2021 tetap diadakan.

Sebelumnya, GP Kanada yang sepatutnya berlangsung pada 13 Jun juga sudah dibatalkan dan diganti oleh GP Turki.

Namun situasi semasa di Turki membuatkan ditunda dan akhirnya GP Styrian dipilih sebagai pengganti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: