Motorsport

Hafizh Syahrin luah ‘bengang’ kepada imigresen, bukan KBS

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: IG Hafizh Syahrin

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berkongsi perasaan tidak berpuas hati di Instagram Story miliknya berkaitan dengan urusan imigresen Malaysia.

Hafizh,27, yang kini berada di Sepanyol memberitahu dia memerlukan isterinya ada di sisi sebagai pembantu memandangkan dia berseorangan dalam setiap perlumbaan.

Malah sejak tahun lalu, Hafizh dan isterinya berulang alik ke tempat perlumbaan di Eropah memandangkan tidak ada penajaan tempat tinggal di sana.

“Status yang yang muat naik di Instagram Story itu tidak ada kena mengena dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“KBS sudah banyak membantu saya sejak tahun lalu dan melancarkan urusan perlumbaan di luar negara memandangkan saya berlumba berseorangan (tiada rakan-rakan pasukan) dan tiada tajaan.

“Status itu adalah luahan marah saya kepada pihak imigresen yang tidak jelas dalam memberi arahan (atas talian), malah proses kelulusan mengambil masa terlalu lama, biarpun semua urusan permohoanan dan dokumen sudah dihantar dua minggu lebih awal.

“Itu yang saya agak bengang apabila semalam isteri saya sudah bersedia untuk datang ke sini (beli tiket), tetapi sebenarnay permohonan tidak lulus. Sepanjang tempoh dua minggu banyak ‘follow up’ sudah dibuat, tetapi jawapan masih sama ‘masih dalam proses’,” luahnya kepada CAKAPSUKAN.

Dalam pada itu, pihak KBS agak terkejut dengan status yang dimuatnaik pelumba itu yang menganggap ia sepatutnya boleh dibincangkan lebih profesional.

“Sebelum ini dia memang terus dengan SUSK (Setiausaha Sulit Kanan) untuk settle apa-apa keperluan.

“Marah macam mana pun orang akan tengok KBS juga. Terus direct dengan pihak kami. Bukan dia seorang sahaja yang alami masalah imigresen sebelum ini tetapi KBS tolong selesaikan secara dalaman.

“Pihak kami tahu apa yang perlu dilakukan. Atlet datang, kita bantu.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: